Ringkasan buku "KAD KREDIT: FAHAMI KEKUATAN & APLIKASIKAN KELEBIHANNYA"

Salam sejahtera buat semua pembaca blog, 

Setelah sekian lama tidak masukkan topik baru. Minggu ni , Jumaat yang panjang waktu rehatnya, saya manfaatkan untuk berkongsi ringkasan buku yang telah hampir 2minggu selesai dibaca. Diharapkan pembaca dapat manfaat darinya.

Othman Kasim
ISBN:978-967-5428-77-7
Total Page(s):110
Publisher:True Wealth Publishing
Published Date:Julai 2011
RM29.90

Ramai di kalangan kita mempunyai kad kredit, tetapi berapa ramai yang manfaatkan kelebihannya?
Belia yang baru sahaja melangkah ke dunia pekerjaan diisytiharkan muflis gara-gara hutang kad kredit. Buku ini memberi panduan bagaimana kad kredit boleh dimanfaat oleh pemiliknya.

Kad kredit sebagai kawan:

1.   Tidak perlu memperuntukkan wang untuk perbelanjaan. Peruntukkan wang tunai di tempat yang tidak boleh menggunakan kad kredit sahaja.

2.  Wang lebihan daripada kad kredit setiap bulan dilaburkan di unit amanah atau simpanan di Tabung Haji dan sebagainya.

3.   Bajet. Penyata bulanan kad kredit boleh membantu anda untuk menyemak dan menilai perbelanjaan bulanan.

4. Keuntungan tenaga & masa. Transaksi kredit dalam bentuk online atau elektronik. Penulis pernah membeli rumah berharga RM150K menggunakan kad.

5.Mata Ganjaran. Gunakanlah mata ganjaran untuk menebus hadiah yang ditawarkan. Untung bukan? Sesetengah barang anda peroleh percuma tanpa mengeluarkan wang.

6.  Perlindungan insuran. Hampir semua kad kredit menyediakan perlindungan insuran terutama apabila membeli tiket penerbangan.Perlindungan apabila berlaku kemalangan, kehilangan bagasi dan juga kelewatan penerbangan.

7.Khairat kematian. Beberapa kad kredit Islam menawarkan khairat kematian biasanya di sekitar RM1,000.00 – RM5,000 bergantung kepada jenis kad.

8.       Bayaran auto-biling. Semua bil utiliti boleh dibayar menggunakan kad kredit. Ini memudahkan para pengguna tanpa perlu beratur panjang.

Tanggungjawab anda untuk berkawan dengan kad kredit:

1.       Ingat, kad kredit bukan wang percuma.
2.       Jangan sesekali mendapatkan pendahuluan wang tunai di ATM kerana caj sangat tinggi.
3.       Hadkan bilangan kad kredit 1-2 sahaja.
4.       Pilih kad kredit  yang menawarkan kadar faedah, yuran yang terendah atau percuma.
5.       Membayar sepenuhnya baki semasa pada atau sebelum tarikh akhir.
6.       Tidak semua orang sesuai memegang kad kredit .
7.       Elakkan membuat transaksi di premis perniagaan yang mengenakan caj tambahan.
8.       Menyemak penyata bulanan.
9.       Sentiasa berwaspada dengan perubahan polisi dan kadar caj.
10.   Mempunyai tabung kecemasan.
11.   Beri keutamaan untuk membayar kad kredit.

Bacalah seterusnya untuk mengetahui sejarah kad kredit, langkah-langkah dalam menyelesaikan hutang kad kredit, faedah kad kredit kepada peniaga, kelebihan dan kekurangan kad kredit dan sebagainya. Buku ini juga memberi contoh pengiraan caj kad kredit dan bagaimana memahami penyata kad kredit berdasarkan bayaran minimum.

“Selamat membaca”…

Comments

  1. untuk dikongsi- Kad kredit i-bank Rakyat menawarkan= TIADA Yuran tahunan (RM50.00), perlindungan takaful PERCUMA, Mata Umrah/Percutian, untuk membuat pembayaran zakat, diskaun untuk tempahan mel/telefon.

    Jika para pembaca ingin berkongsi, sudilah post di sini.TQ

    ReplyDelete
  2. Aisyah..nak pinjam. respon kat annur_fitrah@yahoo.com. Macammana nak settlekan pinjaman kad kdt secara bijak

    ReplyDelete

Post a Comment