Simpanan Buat Cahayamataku....

Salam sejahtera buat semua..

Sudah seminggu tidak menulis di blog. Kepenatan bekerja seharian dan di rumah menghabiskan masa rehat. Mengisi masa rehat & memikirkan bakal cahayamata pertama yang akan menghiaskan kehidupan kami kelak.

Buat bakal ibu atau bapa atau mungkin yang telah lama bergelar ibubapa. Simpanlah untuk si manja anda menyambung pelajaran atau menghadapi masa depan mereka. Walaupun kita tidak pasti adakah mereka berminat untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi atau sebaliknya. Sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik bukan?

Buatlah simpanan tetap setiap bulan untuk cahayamata anda kerana merekalah harta yang paling berharga di dunia & di akhirat.

Semasa saya mengetahui bakal menimbang cahayamata, saya terus membuat simpanan tetap bulanan di unit trust. Dengan andaian semasa anak saya berusia 18 tahun simpanan untuk pendidikan beliau mestilah sekurang-kurangnya RM40K. Tidak perlu bersusah payah mengira, saya merujuk pocket calculator sahaja.
Masa: 17 tahun
      
                   Simpanan bulanan: RM100
                   Andaian pulangan: 10% (Purata pulangan unit trust setahun bagi pelaburan 3tahun)
                   Jumlah terkumpul: RM53670

Jumlah ini lebih daripada cukup  dengan target saya. Saya juga boleh membuat potongan selama 16 tahun sahaja kerana pulangannya telah mencecah RM47436.

Sebagai ibubapa kita bukan sahaja mengharapkan kesempurnaan dan kejayaan daripada anak-anak tetapi kita juga mestilah menjadi ibubapa yang lebih baik!....Pendidikan yang terbaik buat mereka...

Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan segan untuk hubungi saya..
~~~Bakal ibu~~~
9 Mac 2012

Comments

  1. Salam Puan Siti Aisyah,

    Bagaimana membuat pengiraan ya?

    ReplyDelete
  2. Salam kembali buat gadis Semalu. Maaf kerana baru perasan ada comment. Pada waktu tersebut sept & okt 2014 saya bercuti kerana menunaikan haji jadi terlepas pandang komen ini. Jika masih berminat, silap emel terus kepada saya. Umur anak & tujuan pelaburan (untuk anak belajar luar negara/dalam negara dan sebagainya). Emel ke ctaishah5184@gmail.com.
    Insha Allah saya respon semampu mungkin.

    ReplyDelete

Post a Comment