Simpan Duit....Bela Ayam...

Salam buat semua...

"Simpan duit, bela ayam", apa kaitannya dengan unit trust?. Semasa saya mula-mula berjumpa upline (Pn. Fadzilah) di booth Public Mutual pada Disember 2011, beliau berkongsi dengan kami bagaimana nak memberi gambaran mudah kepada orang kampung mengenai pelaburan unit trust. Ceritanya....
"Kita ada duit dan kita beli ayam untuk dibela, setiap tahun pastinya ayam akan bertelur dan beranak. Walaupun harga ayam jatuh tetapi kita mempunyai lebih banyak ayam bukan?, Jadi kita tetap dapat untung walau harga ayam telah jatuh"...

Secara ringkasnya itulah penerangan beliau.

Februari 2012 yang lalu, pertama kali saya membuat temujanji dengan bakal client. Saya pun beri contoh sebegitu sebab ia lebih mudah. Sebelum itu saya telah memberi penerangan mengenai unit trust Public Mutual.
Saya pun memulakan contoh, "Katakan kita membuat pelaburan dengan membela ayam, harga ayam pada hari ini RM7:50 sekilo.."
Client saya pun menyampuk "Semalam harga ayam RM5.00 lebih je, saya ke pasar semalam.."
"Oh ye ke?....Encik *** tentulah lebih tahu sebab selalu pergi ke pasar" balas saya sambil tersenyum. Saya pun  membuat contoh semula dengan harga yang diberikan oleh beliau.

Apa yang saya ingin kongsikan:
~Setiap pelaburan pasti ada turun naik harganya. Dengan unit trust risikonya rendah dan setiap tahun pelabur akan menerima unit tambahan.
~Berikan contoh yang mudah difahami & menjadi  minat pendengar (bakal client).
~Semoga saya dapat membantu anda lebih memahami pelaburan unit trust.


Wassalam

Comments