Pelaburan Melalui KWSP

Salam sejahtera, 

Di kesempatan waktu rehat yang panjang di Hari Jumaat, saya cuba ringkaskan untuk panduan pelaburan melalui KWSP.

Manfaat melabur melalui Skim Pelaburan  Ahli KWSP
* Tidak memerlukan pelaburan tunai- Pelaburan diurusniaga terus dari Akaun 1 KWSP.
*Kepelbagaian- Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.
* Pertumbuhan nilai modal- Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal sebagai sebahagian daripada pelaburan untuk meningkatkan simpanan KWSP.

Bagaimana prosesnya..
1. KWSP membenarkan Akaun 1 untuk pengeluaran pelaburan Unit Amanah (Unit Trust).

Contoh; Azli  berumur 28 tahun
            Jumlah di Akaun 1=RM36,000.00
           Simpanan Asas yang ditetapkan oleh KWSP pada umur 28 tahun=RM14,000.00

Jumlah maksimum layak pelaburan adalah= RM36,000 -RM14,000 x 20%=RM4,400.00 sahaja

3. Minimum pelaburan Unit Trust adalah RM1,000 dan tambahan pelaburan juga RM1,000. KWSP memberi kebenaran pengeluaran bagi pelaburan unit trust setiap 3 bulan (pastikan jumlah mencukupi RM1K).

4. Pelabur tidak boleh menjual balik pelaburan untuk mendapatkan tunai kerana ia masih lagi terikat dengan KWSP. Sekiranya menjual balik, maka semua pelaburan dimasukkan kembali ke KWSP.

5.Pelabur boleh melabur melebihi 1 dana walaupun menggunakan KWSP.(Senarai dana yang diluluskan oleh KWSP untuk Public Mutual)

6. Hanya salinan i/c sahaja yang diperlukan untuk  membuat pelaburan. Selain itu 3 borang yang disediakan oleh unit trust consultant. Jangan lupa semak penyata akaun terlebih dahulu bagi memastikan jumlah yang layak.

Ramai yang khuatir jika pelaburan unit trust membawa kerugian yang menyebabkan simpanan KWSP mereka semakin menyusut selepas mereka pencen nanti. Sejenak, cuba fikirkan jika unit trust membawa kerugian kepada KWSP, adakah KWSP akan membenarkan pengeluaran tersebut? Pada tahun 2011, KWSP dapat memberi 6% pulangan, manakala unit trust purata pulangan setahun 10%-15% setahun bagi simpanan jangka panjang. Fikir-fikirkanlah..

Jika anda menyimpan RM10,000.00 di KWSP dalam tempoh 15 tahun- anda akan memperolehi RM23,966 (anggaran 6% setahun).
Jika menyimpan di unit trust RM10,000 dalam tempoh 15 tahun- anda akan perolehi RM41,772 (anggaran 10%).
(Sila rujuk jadual pelaburan lump sum. Jadual ini boleh juga digunakan untuk melihat pulangan berdasarkan  % pulangan)


Hakikatnya: 
Perbezaan sebanyak  RM41,772 -  RM23,966  =RM17,806.
Peratus perbezaan 74.3%.
Sekiranya anda ingin melabur pilihlah dana yang bersesuaian dengan matlamat anda dan pastikan pulangan kompetitif.

Sekian, untuk kali ini...Semoga ianya memberi panduan buat semua...

Comments