Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang dikenali atau sebaliknya.
Topik ini amat penting, bukan kerana saya sebagai ejen, tetapi sebagai individu seperti anda semua.
Kenapa wajib menyimpan?
· ###Untuk waktu kecemasan
· ###Untuk perancangan masa depan (menunaikan haji, membeli rumah, kereta, perniagaan dbsg)
· ###Untuk bersara
Jika kita kerap membaca buku pengurusan kewangan peribadi atau pengurusan gaji dan seumpama dengannya. Penulis akan mengutarakan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji mestilah disimpan. Jika lebih, adalah lebih baik. Individu yang bijak bukanlah berapa banyak dia berbelanja tetapi berapa banyak dia menyimpan. Adakah anda tergolong dalam individu yang bijak?
Simpanan untuk waktu kecemasan
Kecemasan termasuklah perbelanjaan yang diperlukan akibat tragedi yang tidak disangka seperti kemalangan kereta, musibah terhadap keluarga dan sebagainya. Walaupun kereta mempunyai insuran tetapi tidak semua kos akan dibayar oleh insuran. Ia bergantung kepada berapa banyak kos pembaikan kereta tersebut.
Pakar-pakar dalam pengurusan kewangan mencadangkan agar kita mempunyai simpanan untuk 6 bulan perbelanjaan. Ia untuk persiapan anda atau pasangan jika diberhentikan kerja. Sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan mampu menampung perbelanjaan isi rumah sebelum mendapat pekerjaan lain. Jika sebulan perbelanjaan isi rumah adalah RM2500 x 6 bulan= RM15,000.00. Anda perlu mengira jumlah simpanan bulanan dan tempoh yang diperlukan untuk cukup perbelanjaan 6 bulan tersebut.
Simpanan untuk perancangan masa depan
Katakan anda ingin berhenti kerja dan memiliki perniagaan sendiri. Atau mungkin juga tidak berhenti kerja tetapi ingin memiliki perniagaan sendiri. Selain itu apa yang lebih penting adalah untuk pendidikan anak-anak di peringkat yang lebih tinggi. Semakin hari perbelanjaan untuk ke pengajian tinggi semakin meningkat. Sebagai ibu bapa kita perlu bersedia agar melancarkan pendidikan anak-anak. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pinjaman untuk mencapai matlamat tersebut. Baik untuk memulakan perniagaan atau perbelanjaan pelajaran anak-anak. Walaupun banyak bank yang memberi pinjaman dengan kadar yang berpatutan tetapi kenapa kita tidak memulakan langkah awal apabila mempunyai matlamat.
Contohnya; Anak anda sekarang berusia 1 tahun dan berkemungkinan akan melanjutkan pelajaran ke IPT dalam 17 tahun dari sekarang. Katakan anggaran yuran pengajian sebanyak RM40,000.00. Berapakah anggaran simpanan bulanan yang perlu anda lakukan?
Tempoh= 17 tahun; RM40,000.00
* Sekiranya anda menyimpan RM100 sebulan dalam tempoh 17 tahun, anda akan memperolehi RM53,670.00. Melebihi sasaran!
- * Dengan pelaburan tetap RM100 setiap bulan anda hanya perlu melabur selama 16 tahun dan memperolehi RM47,436.00
Kaedah yang sama juga jika anda menyimpan untuk tujuan membeli atau membina rumah. Kadangkala kita tidak mampu menyimpan untuk menampung 100% kos membeli rumah. Tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan jumlah pinjaman sekiranya mempunyai simpanan. Sekiranya anda bercadang untuk membeli rumah lelong, sekurang-kurangnya anda perlu ada 10% dari harga lelongan untuk layak membida. Ini tidak termasuk kos guaman dan lain-lain kos sekiranya anda berjaya membida rumah tersebut. (InsyaAllah di lain masa saya akan kongsikan cara-cara membeli rumah lelong).
Hmm…rasanya dah panjang lebar saya menulisnya, harap pembaca tidak jemu….
Di mana boleh membuat simpanan?
Ada beberapa cara anda boleh membuat simpanan:
*Simpanan dalam bentuk pelaburan di unit trust (pastikan yang patuh syariah). Anggaran pulangan 10%-15% setahun.
2. * Simpanan tetap yang mana pulangannya sekitar 3%-4 % setahun.
3. * Simpanan di ASB. Pulangan sekitar 7%-8% (ASB belum lagi mendapat pengiktiran patuh syariah)
4. * Simpanan di bank-bank
Sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan mengenai unit trust, hubungilah saya di saat anda lapang. Berilah peluang pada diri menambah ilmu dalam pelaburan dan unit trust.
~sikit-sikit lama-lama jadi bukit~
Comments
Post a Comment