Urus Poket Ramadan

 Assalamualaikum & salam sejahtera,


Dah lama tidak berkongsi di sini. Sempena Ramadan tahun 2021, terlebih dahulu saya ucapkan selamat mengisi Ramadan. 

Jika dua tahun lepas semasa Ramadan atau sebelum Ramadan ramai  sibuk menyiapkan baju raya atau menghias rumah. Tetapi sejak 2020 pandemik melanda, ramai yang hanya fokus kepada keperluan sahaja. Tambahan lagi sekatan rentas negeri menyebabkan ziarah dan balik kampung terhalang.

Ok. Penulisan kali ini memfokuskan pada mengurus poket untuk mengisi Ramadan.

1. Buat tabung Ramadan. Jika Maybank online, boleh create goal dan spesifikan tujuan. Jika untuk Ramadan sahaja kita nak agihkan menjadi Ramadan Sedekah, Duit Raya, Tabung Kuih Raya & Baju Raya. Jadi automatik akan ada 3  tabung. Create goal ini sebelum Ramadan atau beberapa bulan sebelum Ramadan kerana ia akan digunakan semasa Ramadan. Buat potongan bulanan ke tabung berkenaan, jadi sampai masa hanya peelarlu remove goal dan wang tersebut boleh digunakan.

2. Bagi yang berbelanja sakan untuk Ramadan, buatlah persiapan awal. Cari perniagaan online atau pendapatan sampingan. Jangan sesekali membuat pinjaman semata-mata untuk raikan Hari Raya dan Ramadan.

3. Disebabkan pandemik ini tidak boleh rentas negeri, jadi bagilah duit raya secara atas talian. Buat sebelum hari raya. Maklumlah sedekah di bulan Ramadan besar ganjarannya berbanding sedekah di Syawal.


Aishah Ghani

Salam Ramadan


Comments