Bersara Awal



Assalamualaikum & salam sayang buat para pembaca.

Kali ini topik ringkas tetapi perlukan perancangan jangka panjang.

Ramai wanita berhasrat menumpukan masa pada rumahtangga.
Kalau diberi pilihan ingin menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi  mempunyai pendapatan sendiri. Jika suami yang berikan duit poket setiap bulan lagi seronok.

Jika tiada, usahalah untuk mempunyai wang tetap setiap bulan bagi kegunaan peribadi anda.

Ini cara saya, saya kongsikan mana tahu sesuai untuk anda yang ingin bersara awal.

Sebelum saya buat, saya telah membaca beberapa buah buku untuk dijadikan panduan.
Jom...

1. Setkan tempoh atau cadangan tahun ingin bersara. Saya set masa mula-mula kerja atau sekitar tahun ke2 dan ke 3 di alam pekerjaan untuk bersara sekitar umur 40 tahun.

2. Rangka perkara apa yang diperlukan sebelum bersara. Saya tulis perkara yang saya ingin buat sebelum bersara dan semasa di alam pekerjaan. Ini untuk kepuasan diri sendiri dan sumbangan pada organisasi. Senarai mungkin akan berubah mengikut pertambahan di alam pekerjaan.

3. Kurangkan pinjaman sedikit demi sedikit atau dengan kata lain langsaikan hutang yang ada. Katakan pada diri untuk tidak mengambil pinjaman peribadi kecuali tiada pilihan. Sebarang pinjaman susunkan agar ia boleh diselesaikan sebelum bersara. Ini memudahkan anda bersara sebagaimana dirancang. Cari ilmu bagaimana mengurus hutang dan menyelesaikan hutang lebih awal. Banyak buku-buku yang menarik untuk dibaca bagi membantu anda pintar dalam pengurusan hutang.


4. Bina pelaburan jangka panjang. Pelaburan ini  berjalan serentak dengan perkara 2. Sebaik sahaja merancang untuk bersara awal saya terus memulakan pelaburan jangka panjang dengan harapan ia menjadi persiapan untuk perkara no. 5.


5. Bina pendapatan selepas bersara. Selepas bersara setiap bulan  kita perlukan duit poket sendiri. Jadi kena rancang kerjaya apa atau pasif income apa yang sesuai untuk diri anda.

Dah ada faham rangkanya? Mesti ada yang bertanya saya sudah bersara ke?

Jawapan: BELUM. Dalam proses membina pasif income atau perkara no 5. serta perkara no 3 (hutang perumahan yang masih berbaki).  Penulisan di blog akan datang saya akan perincikan setiap satu.


Ringkaskan?...
Kali ini senarai sahaja perkara yang saya buat dalam tempoh sekitar 13 tahun ini.

Sekian dahulu & salam sayang buat anda semua!...

#kongsidaripengalam
#kongsidarihati

Aishah Ghani





Comments