10 Tips Berjimat

Assalamualaikum & Salam sayang buat para pembaca,

Semoga tahun baru ini kita buka lebaran baru dan mulakan kehidupan dengan semangat baru.

Kali ini saya ingin kongsikan 10 tips berjimat. Kenapa nak berjimat ya....
Sebab...
Kita tak banyak duit untuk dibelanjakan
Kita tak banyak duit untuk digunakan sesuka hati
Gaji kita cukup-cukup untuk mengurus kehidupan dan perbelanjaan.

Kita ada matlamat lain untuk tingkatkan sedekah atau tingkatkan simpanan.
Kalau tak mahu menambah pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan.

Jadi?...Kita perlu berjimat sedikit untuk memenuhi kehendak-kehendak lain atau keperluan lain. Sesetengah orang berjimat untuk mencapai matlamat yang lain.

Ok..Dah panjang intro. Jom saya kongsikan sedikit tip yang saya pernah kongsi dengan staf di UMP dalam slot 30 minit mereka.


1.Bawa bekal

2. Kongsi kereta

Saya sendiri berkongsi kereta sejak 3 tahun lepas. JImat separuh dari belanja duit minyak.
Setiap hari hampir 2 jam perjalanan pergi balik bukan sekadar jimat minyak tetapi jimat tenaga dan rehatkan badan. Memandu berdua juga lebih baik kerana dapat mengelakkan mengantuk.

3. Tanam sayur dalam bekas, boleh gantung dan macam2 teknik terkini.

4. Beli di tempat dan waktu yang betul
Perasaan atau tidak sesetengah supermarket akan membuat promosi atau meletakkan harga yang lebih rendah pada waktu-waktu tertentu.
Apa yang saya perasaan, Giant akan meletakkan harga lebih rendah dihujung2 bulan sebelum dapar gaji.
Tunas Mart akan membuat happy hour bagi sesetengah barangan mereka.
Bagi susu tepung antara kedai yang agak murah SpeedMart. 
Bagi barangan bayi kedai bayi kadangkala lebih murah dan banyak pilihan. Tetapi harus diingat sekiranya barangan/jenama tersebut jarang terdapat di pusat pemborong.

Barangan sekolah akan membuat sales dan menjual dengan harga lebih murah apabila hujung tahun.
Sebaliknya baju raya akan dijual lebih mahal jika membelinya di bulan Ramadhan. Tetapi bulan Ramadhan anda akan mempunyai banyak pilihan dan juga rekaan terkini.


5. Kitar semula
Kitar semula bukan bermaksud mencipta barangan baharu kerana kadangkala kita asyik mengatakan tidak kreatif.  Ia boleh menukar barangan asal yang sama tetapi fungsi berbeza.

6. Kurangkan penggunaan telefon bimbit

Maksudnya kurangkan penggunaan yang menyebabkan bil telefon anda meningkat.

7. Asingkan sampul
Asingkan sampul mengikut jenis perbelanjaan.

8. Beli tunai
Beli tunai akan membantu anda agar lebih berdisiplin dalam menyimpan untuk membeli sesuatu. Ia juga dapat mengawal nafsu berbelanja.

9. Urus hutang dengan bijak

Bab ni, sedih pula. Ramai yang saya dengar generasi muda gagal mengurus hutang terutama hutang kad kredit dan hutang pinjaman peribadi. Tambahkan ilmu dengan membuat pembacaan  di internet atau buku-buku berkaitan pengurusan hutang. Ingat, berhutang bila WAJIB sahaja. Bukan berhutang bila naik gaji.

Apabila berhutang, tanamkan dan uruskan hutang agar dapat dilunaskan lebih awal, tidak lewat membuat pembayaran hutang dan tidak sesekali terbabas untuk membayar hutang.

Rekod pembayaran yang baik akan membantu hidup anda lebih tenang.


10. Daftarkan emel

Daftar emel di mana-mana platform yang memberi manfaat kepada anda. Bukan emel untuk new items atau produk baru sahaja.

Sekian. Untuk setiap satu kaedah penjimatan banyak dikongsikan melalui buku dan juga perkongsian di laman sosial. Apa yang penting kenalah rajin berusaha menambahkan ilmu.

Salam sayang & Salam perkongsian.

#akusukakongsi
#tulisdaripengalaman


Comments