Pelaburan Tetap & Money Market : Part 3

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Semoga kita sama-sama dianugerahkan kesihatan dan kebaikan berpanjangan.


Terasa sangat lama tidak berkongsi di blog.

Terpanggil untuk menulis sambungan pelaburan money market (MM).

Apa tu money market?...
Pelaburan unit amanah tetapi kategori money market/pasaran wang.

MM ini biasa orang labur apabila wang pelaburan telah capai sasaran. Jadi untuk mengurangkan risiko kejatuhan harga dana maka dilaburkan di MM. Cth; Dana ekuiti QP telah dilabur selama 7 tahun dan telah terkumpul segala sebanyak RM24,000.00 (sasaran pelabur hanya RM23,000.00). Jadi bagi mengelakkan keuntungan berkurang jika harga dana jatuh, pelabur telah memindahkan dari akaun ekuiti QP ke pelaburan MM XLY.



Bila nak pilih untuk melabur di MM?

# Bila sasaran kewangan telah tercapai tukar dari ekuiti ke MM.
#Duit ada dalam bank tetapi belum nak digunakan dalam waktu 1-2 bulan.
#Ada juga yang takut sangat nak labur dalam ekuiti, jadi bolehlah pilih MM.

Kelebihan MM  ialah tiada kos tambahan dikenakan & pulangan lebih stabil walaupun rendah. Risiko kejatuhan juga amat rendah.
Saya mengambil contoh seorang klien melabur  dalam 2 dana,  1 adalah MM dan 1 lagi ekuiti.

MM dana XLY sebanyak RM100K, manakala ekuiti dana XYZ sebanyak RM30K. Bagi dana ekuiti beliau dikenakan cas sebanyak 5% dari jumlah pelaburan (RM30,000) menyebabkan jumlah sebenar pelaburan beliau sebanyak RM29,400.00. Manakala jumlah pelaburan MM sebanyak RM100K.

Sekiranya dari ekuiti ke MM dlm tempoh kurang 90 hari sesetengah unit amanah mengenakan caj sebanyak 0.75% (kurang dari 1%). Sekiranya pelaburan tersebut lebih dari 90 hari dan pelabur ingin menukar ke MM, tiada caj dikenakan.

Walaubagaimanapun sebelum kita memilih dana, dapatkan kepastian kepada agen/pihak bank berapakah caj yang dikenakan. Jangan setuju sahaja.


Bagaimana & bila kita boleh tahu dana MM yang kita beli boleh dijual/telah peroleh keuntungan?

1. Macam saya, saya memang ada akaun public mutual online (PMO) selaku pelabur unit amanah. jadi, apabila saya melabur di dana MM saya boleh menyemak secara  atas talian jumlah keuntungan atau jumlah semasa.

2. Biasanya agen akan maklumkan bila dan berapa keuntungan telah diperolehi sama ada 1 bulan selepas melabur atau beberapa bulan. Kita pelabur kena bagitau kepada agen. Nak bagitau macam mana? Guna ayat ni.. Ni ayat saya bagitau kepada agen berkenaan.

"Jika pelaburan saya dah berbaloi untuk dikeluarkan, bagitau saya ya.".

Jadi, selepas 3 bulan beliau menelefon saya dan memaklumkan keuntungan telah capai RM800.00

Boleh juga guna ayat ni.

"Boleh tak update saya setiap 2 bulan, supaya saya boleh tahu berapa jumlah keuntungan pelaburan saya".

Fuh!....siap bg ayat tu...

Dana MM yang dicadangkan?

Sila tanya agen yang anda berurusan. Yang penting pilih MM yang islamic.  Antara MM yang ada Public Islamic Money Market Fund. di bawah Public Bank. 



Okla..Itu sahaja yang saya ingin kongsikan kepada pembaca yang tekun membacanya hingga akhir,

Opss...lupa selalu ada yang  bertanya akan rugi tak?

Kemungkinan rugi tak?

Dah namapun pelaburan, kalau saya bagtau tidak mengalami kerugian, itu menipu namanya. Tetapi MM ni risiko kerugian sangat rendah kerana itu ia dapat kadar risiko hanya 1. Berbanding ekuiti ia lebih berisiko.


Pesan untuk diri sendiri..Wang bukanlah segala-galanya. Tetapi wang dapat memberi kita lebih ruang untuk bahagia jika bijak menguruskannya.

Sempena musim dekat Qurban ni, keuntungan pelaburan bolehlah digunakan untuk ibadah Qurban.

Sekian, salam perkongsian.

#KongsiDariPengalaman
#AkuSukaMenulisBlog

~aishah ghani~

Pelaburan Tetap & Money Market : Part 2
Pelaburan Tetap & Money Market : Part 1






Comments