Selamat Tahun Baharu 2018

Assalamualaikum ..
Salam buat semua pembaca..

Tiada topik khusus hari ini yang saya ingin utarakan.
Saya sedang mengemaskini akaun kewangan peribadi bagi tahun 2017.

Belum ada perancangan kewangan untuk 2018.
Target?
Ingin menumpukan kepada 2 pelaburan baharu saya iaitu hartanah/sewa rumah dan juga pelaburan saham.

Oh ya..Bila bercakap pasal saham mungkin ramai yang ingat pelabur saham ni di pejabat asyik tengok saham je di skrin komputer atau telefon bimbit.

Anda rasa?

Saya sendiri sebagai pelabur kecil jawapannya tidak la.

Kalau di awal penglibatan mungkin la kerap tengok kerana nak belajar butang-butang di skrin (button). Bila dah biasa dengan butang mana perlu tekan untuk beli, jual dan review. Dah tak tengok sangat. Sebab?

Sebab dah faham. 

Bila ada duit untuk dilabur baharu tengok dan tanya remisier saham mana yang sesuai. Key in tak sampai 10 minit- done!...

Bila waktu sesuai remisier akan bagitau untuk jual. Setiap kali proses beli saham, sistem akan paparkan harga seunit yang sesuai untuk kita jual bagi membolehkan pulang modal (titik pulang modal).

Urusan jual beli atas talian sangat mudah. Kerana boleh key in lebih awal untuk urusniaga. Jadi kita tidak perlu mengadap komputer setiap masa.

Ok. Itu sedikit pasal saham.

Kenapa saya cerita pasal saham? Kerana saya merasakan para pembaca dah tahu pasal pelaburan simpanan tetap, unit amanah dan hartanah, Jadi Saya kongsikan sedikit pasal saham.

Kepada yang berani dan ada duit sekitar RM5K-RM6K, boleh mula melabur saham. Seronok!..Sangat seronok  kerana high risk high return.

Tetapi awas jangan melabur menggunakan duit keperluan seperti duit yuran anak, duit kereta, duit ansuran rumah dan sebagainya. Dan paling penting jangan melabur duit orang!..

Gunalah duit simpanan lain yang dalam tempoh 5-6 bulan anda tidak akan guna.

Saya bukan mahir dan biasa dengan pelaburan saham. Hanya insan biasa yang memasuki gerbang pelaburan saham setelah 7 tahun melabur di unit amanah.

Penglibatan dalam saham diharap dapat membantu saya berkongsi di blog. Baru dapat idea baharu. Betul tak?

Sekian, dahulu. Selamat menimba ilmu.
Jangan pernah jemu untuk membaca bagi meningkatkan pengetahuan. Bacalah sesuatu yang bermanfaat barulah terasa dunia ini amat luas dan kepelbagaian akan membuat kita lebih bersedia dan lebih matang.

Salam sayang dan salam Jumaat.


~Aishah Ghani~
Aku yang suka berkongsi.....




Comments