Jom mulakan pelaburan saham!!!



Salam sejahtera,
Salam perkongsian ..

Salam di hari Jumaat..

Kepala sakit..tapi kalau tak tulis rasa ada kekurangan.
Jadi, tulislah.

Nak ajak para pembaca kenali saham.
Saham BSKL tu..
Saham yang perlu buka akaun CDS dengan harga RM10.60.

Pendek dan ringkas saya nak tulis..

# Tak perlu modal besar (RM5000 dah boleh mula). Boleh je nak mulakan dengan RM100 dengan membeli saham harga kurang dari 10sen.
#Tak perlu mengadap skrin komputer atau hp setiap masa.
# Fleksibal masa untuk masukkan belian atau jualan.
# Kalau bajet banyak boleh langgan group expert untuk memberi maklumat tentang saham mana yang patut beli atau jual. Contoh MaherSaham , 3Ruds dan lain lain lagi.
#Boleh set sasaran tiap2 bulan nak berapa pulangan (anggaran).  Tak seperti kita labur di unit amanah atau fix deposit. Ia adalah simpanan jangka sederhana dan panjang.

#Yang ni saya suka sebab memberi energy dan kegembiraan sekiranya pelaburan tanpa modal dan dapat untung dalam 3-5 hari. Contoh beli Jumaat, hari Isnin harga dah naik dan boeh jana keuntungan sekitar RM200++ (bergantung kepada unit yang dibeli).

Kalau nak tahu secara terperinci kena baca buku. Baca penulisan mengenai saham.
Baca
Baca
Baca

Antara buku yang terdapat di Perpustakaan UMP mengenai saham
i. Jutawan saham / Azizi Ali, Bill Wermine



ii. Prestasi & gelagat saham : terbitan baharu di Malaysia / Othman Yong


iii. You too can be rich in the stock market investment : by applying Wong Yee's methodology / Wong Yee

Saya dah baca buku i, tapi saya sendiri tak faham. Jadi tak boleh nak review ya. Kalau anda baca mungkin anda akan faham.


Ilmu tak dapat dalam mimpi dan terus masuk ke minda menjadi pandai tanpa usaha.

Jangan tanya saya dana mana yang bagus dan bila masa sesuai untuk membeli atau jual.
Saya sekadar berkongsi salah satu lagi cara menggandakan wang anda.

Ok. Setakat itu sahaja dalam 15 minit saya tulis.
Perut sudah lapar dan waktu rehat hampir berlalu.

Saya undur diri dan diharapkan dengan mukadimah ringkas mengenai pelaburan saham akan membuat para pembaca lebih berminat mengetahui lebih banyak.

Apapun, jika kita terlalu takut kita tak akan ke mana dan tidak dapat merasai pengalaman itu sendiri.

Dalam apa jua kita lakukan, azam dan tekad perlu ada.

Haaa...jangan pula mencuba untuk berbuat dosa....(hihihi).

Jom..Makan dulu..


Salam perkongsian buat para pembaca!!...

-aishah ghani-

Aku yang suka menulis dan berkongsi..










Comments