Urus Poket dan Urus Makan

Assalamualaikum & Salam Jumaat...

Entah berapa lama saya menyepi. Terasa rindu ingin memulakan perkongsian di blog.
Sebagai saham harapnya apabila dijemput Tuhan kelak. Sebagaimana sekarang teman-teman dan saudara mara sibuk berQurban untuk saham di akhirat.

2 hari lepas pemeriksaan kesihatan bagi staf yang berumur 40 tahun ke atas (termasuk diri penulis sendiri).  Jadi topik perkongsian hari ini berkenaan Urus Poket dan Urus Makan...

Siapa yang suka urus poket?
Siapa yang suka urus makan?

Anda jenis yang macam mana?

*Makan  sedap dan mewah biar poket kempis
    * Makan ala kadar tetapi poket gemuk?
* Makan  selagi poket gemuk
    * Kurang makan supaya poket gemuk?
*Makan awal bulan, tengah bulan diet?
    *Makan awal bulan, tengah bulan puasa?


Makan bukan sebab dan menyebabkan poket kita boleh 'kurus'. Tetapi bagaimana dan dimana makanan tersebut disediakan atau dibeli. Kalau makan di kedai setiap hari tetapi ambil nasi bajet RM2.00 tentu lebih jimat berbanding memasak.

Ada  orang sangat sedikit apabila makan dan jarang makan di kedai. Jarang belanja kawan-kawan, makan ala-ala bajet di rumah dengan menu ala kadar. Tetapi kerap bersungut tiada wang simpanan yang banyak. Tidak mampu bersedekah selalu. Gaya dan penampilan seperti kurang berkemampuan.

Ada orang setiap waktu makan di kedai. Kerap belanja kawan-kawan. Gemar bersedekah. Sederhana dalam gaya dan penampilan dan mempunyai simpanan yang mencukupi.

Kenapa? Sedangkan kedua-dua tersebut pendapatan dan status yang sama.

Jadi?

Urus poket bukan bermaksud kita tidak makan di kedai. Bukan bermaksud tidak belanja rakan-rakan atau staf. Tetapi makan secara ala kadar, banyakkan sedekah, agihkan semampu mungkin untuk belanja rakan-rakan setiap hari atau setiap minggu atau beberapa kali dalam seminggu. Ia tanda kita bersyukur dengan rezeki 'poket kita yang berisi'.

Poket akan gemuk kalau kita 'menggemukkan' orang lain. Poket akan kurus jika kita sekadar 'menggemukkan' diri sendiri.

Keberkatan dalam 'memberi makan' kepada orang lain.

Hadamkan dan semoga para pembaca dan penulis tergolong  dalam insan yang cintakan sedekah.

p/s: Terima kasih sahabat yang selalu membayar makanan setiap kali kita keluar bersama. Mendidik diriku mencontohimu. Walaupun sekarang kita tidak lagi kerap bertemu.

Salam Jumaat & Salam Perkongsian...

-Aishah Ghani-




Comments