Labur di Unit Amanah untuk apa?

Assalamaualaikum wbt...

Salam Jumaat & Salam Syawal...

Lama sudah tidak menulis,
Lama sudah jari jemari duduk diam..

Kali ini saya akan kongsikan kenapa dan untuk apa melabur di unit amanah/ unit trust. Saya kongsi apa yang saya lakukan agar dia lebih dekat dan mudah difahami.

Labur di unit amanah untuk apa?

Jawapan saya kenapa saya melabur:-

A. Jangka panjang-Kegunaan semasa saya akan berpencen kelak. Nk buat bayar hutang dengan kerajaan nanti.

B. Jangka panjang-Pendidikan  anak-anak

C. Matlamat lain- jangka pendek-sederhana

----------------------------
Secara ringkas saya terangkan untuk pemahaman para pembaca.

Disebabkan 3 matlamat saya membeli 3 dana berbeza. Senang untuk saya pantau dan berhenti melabur apabila telah capai apa yang saya inginkan.

A. Dana A- yang saya akan guna apabila  saya berhasrat untuk pencen. Pelaburan tersebut digunakan untuk membayar baki hutang dengan pihak kerajaan seperti LPPSA (pinjaman perumahan).

Kena  tahu tahun bila akan berpencen dan berapa banyak imbuhan/saguhati yang akan diterima.

B. Dana B. Pendidikan anak-anak.  Saya mula membeli satu dana apabila anak saya berusia beberapa bulan. Dana atas nama sendiri tetapi matlamat digunakan untuk pendidikan anak-anak sewaktu beliau berusia 18 tahun (anggaran). 

Perlu tahu berapa kos pendidikan pada waktu itu untuk memudahkan jumlah pelaburan dan tempoh. Untuk Dana B saya akan mengambil masa 7 tahun dan pelaburan secara berkala bulanan melalui potongan dari akaun bank ke akaun unit amanah.

C. Dana C. Dana  paling suka hati sebab tempoh pendek dan bila perlu boleh jual. Dana ini saya beli tahun 2009 dengan tujuan untuk membina rumah/renovate rumah atau melancong pada asalnya. Dana ini saya telah jual tahun ini (2017) untuk kerja-kerja awal membina rumah. Oh ya..bukan ratusan ribu ya. Ia cukup sekadar pembayaran deposit atau pembersihan tanah. 

Dana seperti ini kalau bujang boleh buat untuk persiapan kahwin. 

Nanti  ada yang bertanya, kenapa untuk tujuan di atas tidak menyimpan di bank?

Kerana saya percaya pelaburan unit amanah memberi pulangan yang lebih sedikit dari simpanan di bank. Dana B yang pada asalnya saya perlu melabur selama 7 tahun, tetapi pada tahun ke 5, ia hampir mencukupi tanpa perlu penambahan pelaburan lagi.

Huh...panjang lebar pula rasanya.

Ok. Sekadar itu sahaja perkongsian saya. Semoga ia dapat memberi gambaran untuk apa labur di unit amanah.

Salam Jumaat buat semua pembaca.

-Aishah Ghani-

aku yang suka menulis
aku yang suka melabur sebelum lebur

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 016-2109403

Comments