Selamat Hari Raya Edulitri....

Assalamualaikum & salam ingatan buat semua pembaca...

Lama betul saya tidak menulis di blog. Sejak Mac 2017. Terlupa dan tiada kesempatan.
Jutaan maaf...

Ok kali ini saya kongsikan sambutan bajet edulfitri dan yang berkaitan dengan raya.
Maklumlah Edulfitri bakal tiba tetapi jangan lupa mengisi Ramadhan yang masih ada.

Ok. Jom untuk tips beraya dan selepas raya..

1. Asingkan duit gaji (yang dapat awal)  ke akaun lain bagi perbelanjaan selepas raya.

2. Hadkan perbelanjaan untuk beraya. Ada orang recycle baju, recycle sampul raya, Jangan recycle kuih raya tahun lepas ya.

Kena disiplin dalam berbelanja. nafsu memang tidak pernah cukup tetapi kenalah bijak kawal.
Ada lagi tudung baru 2 bulan beli? Pakai beberapa kali? Nah, time raya pakailah. Tidak perlu beli tudung baharu.

3. Beraya di kampung?..Kongsilah duit dapur. Ringan-ringankan  untuk sama-sama belanja. Jangan harapkan ibu bapa atau adik beradik di kampung sahaja.

Termasuk kuih raya, bincang  dengan adik beradik agar kuih raya tidak sama dan yang penting, elakkan pembaziran.

4. Duit raya anak?.. Selepas beraya terus asingkan duit raya anak dan simpan di TH atau mana-mana bank. Elakkan simpan dalam bank PAMA.

5.Walau apapun majlis dan perayaan, raikan dengan sederhana. Elak membazir, elak ketirisan poket selepas raya/majlis.

p/s: Boleh buka akuan pelaburan unit amanah dan masukkan duit raya anak-anak.

Sekian, selamat menjalani ibadah puasa.

Selamat menyambut edulfitri!!...

Salam perkongsian...

`aishah ghani-

Comments