3 Sebab Utama untuk Refinance Rumah...

Image result for refinance rumah
Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Salam Jumaat,
Salam perkongsian...

Semoga para pembaca blog saya gembira, ceria dan sihat selalu.

Ok. Hasrat di hati saya ingin menulis mengenai personal loan@ pengurusan kewangan dalam menempuh tahun-tahun 'kos sara hidup yang makin meningkat' ditambah pula dengan mata wang yang semakin menyusut.

Tetapi minda belum tersusun dan masih berterabur maklumat-maklumat yang dibaca.
Jadi, di petang ini berbekalkan satu 'mug' teh o saya ingin kongsikan ....


REFINANCE atau pembiayaan semula atau nama yang kurang best "gadai semula" rumah anda!....

Sejak Disember 2016, saya memulakan proses untuk refinance rumah. Cara dan dokumen untuk refinance saya telah kongsikan dan kali ini 'kenapa kita perlu refinance rumah?".

Kenapa dan untuk apa?

Ada yang bertanya mereka tidak faham tujuan refinance. Kadangkala  tidak faham istilah refinance itu sendiri. Pendek kata jika kita dengar rakan-rakan refinance rumah, bukan bermaksud mereka tiada wang, berdepan masalah kewangan kritikal atau hutang bertimbun.

Maksud refinance secara mudahnya menggadaikan semula rumah anda kepada institusi kewangan yang sedia ada/baharu dengan harga rumah mengikut pasaran semasa [maksud yang mudah difahami oleh orang kebanyakan].

Jom saya kongsikan kenapa perlu refinance rumah.

1. Mendapatkan  wang tunai untuk tujuan lain seperti pembiayaan pendidikan anak, deposit rumah baharu (rumah ke-2 atau ke-3 etc), ubahsuai rumah dan lain-lain.

Eh macam mana boleh dapat tunai pula?..

Contoh:

Beli rumah tahun 2004 =harga RM85,000.
Harga semasa tahun 2017 =RM160,000.00

Perbezaan Harga= RM75,000.00

:: Jika rumah tersebut tiada lagi hutang makan pemilik akan mendapat sekitar  RM145K tunai (90% dari harga semasa, dengan andaian kos guaman dan lain-lain kos dibayar secara asing)

:: Sekiranya rumah tersebut masih lagi ada baki hutang, maka akan ditolak baki hutang dan lebihannya akan dimilik oleh tuan rumah.


2. Menyelesaikan hutang-hutang dari pinjaman yang kadar keuntungannya (interest) lebih tinggi. Contohnya hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi  (personal loan) dan lain-lain (harap tiada hutang dengan along).

Contoh:: Biasanya pemilik yang mempunyai komitmen hutang lain seperti kad kredit 18% setahun, loan peribadi 7% setahun. Jadi dengan refinance rumah tersebut, tunai yang diperolehi (andaian RM145K akan digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang berkenaan. 

:: Pemilik hanya perlu memberi komitmen hutang pada 1 perkara sahaja iaitu hutang refinance rumah yang interestnya lebih rendah dan tempoh pembiayaan hingga  30 tahun.


3. Mengurangkan bayaran ansuran bulanan/ komitmen bulanan terhadap rumah tersebut.

Contoh: Rumah tersebut dibeli pada harga RM200,000 (tahun 2007) dengan ansuran bulanan sebanyak RM971.00 sebulan. Selepas refinance ansuran bulanan menjadi lebih rendah akibat  yang ditawarkan interest lebih rendah dan tempoh lebih lama.

Setakat itu sahaja, harap para pembaca memahami secara kasar. Banyak artikel di blog yang  menerangkan faedah refinance. Perlukan sedikit kerajinan untuk menghadamkannya...

Selamat membaca!

Terima kasih/

Wassalam.

-Aku yang suka berkongsi-
-Aku suka menulis di blog-

Salam perkongsian
Aishah Ghani

Artikel ditulis 10-3-2017
Post- 17-3-2017


Comments