Semak Kewangan & Rancang Kewangan 2017

Image result for calculator

                   



Assalamualaikum & Salam sejahtera. 

Salam ingatan dan salam kemaafan kerana hampir sebulan tidak menulis di blog.

Semoga para pembaca dianugerahkan Ilahi kesihatan, kelapangan dan keberkatan dalam semua perkara.

Penghujung tahun ramai di kalangan kita mula merancang dan membuka kalendar baharu 2017. Ringkasnya bagi yang bekerja atau masih belajar, mula sediakan akaun penutup untuk 2016. Ringkaskan agar ia dapat membantu perancangan 2017. Antara perkara utama yang saya lakukan untuk 2016 yang mungkin sesuai untuk para pembaca;

1. Kira simpanan terkumpul dan keluarkan zakat.

2. Anggaran perbelanjaan sebulan dan setahun. Jika tidak pernah ada catatan perbelanjaan bulanan, mulakan sekarang.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.....................<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

3. Asingkan anggaran percutian anda tahun semasa. Kekerapan dan kos. Ini akan membantu membuat bajet pelancongan tahun 2017.

4. Jangan lupa catatkan berapa banyak anda sedekah. Cuba anggar dan bandingkan dengan no. 3. Hadam dan fikir-fikirkan. Adakah 2%, 5%, 10%, 30% dari perbelanjaan no 3? 
Setiap tahun kita cuba tanamkan azam untuk lebih sedekah kerana itulah harta dan bekalan kita kelak. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>....................................<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

5. Peruntukan sukan & kesihatan? Supplement atau produk kesihatan. Jangan duk asyik belanja untuk produk kecantikan dan gajet sahaja. Tak guna jika pakaian cantik, rupa cantik tetapi badan selalu sakit. Jika kita kerap sakit, cuba banyakkan sedekah.

6. Cuba senaraikan berapa banyak kasut, baju, tudung, minyak wangi yang anda telah beli pada tahun semasa 2016. 

>>>>>>>>>>>>>>>>................<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Ok. Itu sahaja secara ringkas.

Jika dah ada catatan di atas senang untuk anda rancang tahun 2017. Terutama jika keperluan baharu yang mesti ada pada tahun 2017seperti perbelanjaan sekolah untuk anak, kelahiran bayi baharu, mengerjakan umrah, haji dan sebagainya.

Apa yang penting untuk semak adakah para pembaca ini seorang yang bijak mengurus wang, cuba semak baki dalam akaun atau di dalam dompet. Berapa tinggal?

Sekian dahulu.

Salam ceria, salam Jumaat.
Semoga sedikit yang dikongsikan ini dapat memberi sedikit manfaat buat para pembaca.

-Aishah Ghani-
Yang suka menulis dan berkongsi



 



Comments