Apa Anda Patut Tahu Apabila Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)-->Takaful

Assalamualaikum wbt...

Salam Jumaat & salam sayang buat semua pembaca.

Dah lama tak menulis. Hari ini pagi nasi lemak, makan tengahari nasi minyak (makan free). Memang mempersiapkan diri dengan beban di mata. Ohh!..Sangat mengantuk. Gagahkan  jua untuk berkongsi agar para pembaca dapat sedikit pengetahuan berdasarkan pengalaman orang lain.

Ok. Dipendekkan.

Tahukah anda pembeli rumah (saya spesifikkan untuk LPPSA/pinjaman perumahan kerajaan) boleh mendapatkan wang saku apabila mereka membeli rumah menggunakan loan kerajaan?

Topik ini saya telah kemukakan sebelum ini. Kali ini saya ingin sampaikan satu pengalaman client saya yang mana beliau gagal mendapat rebet tersebut. Harap pengalaman ini dijadikan panduan buat para pambaca sekalian. Kenapa gagal? Sedangkan beliau telah menurut semua cara2/kaedah yang saya utarakan. Ini kerana:

"Pemaju telah melantik secara ada ikatan kontrak dengan agensi luar untuk menguruskan pinjaman perumahan tersebut dari awal hingga akhir."

Jadi agen takaful perumahan @saya tidak dapat sebarang komisen dari syarikat takaful kerana tuntutan telah dibuat oleh agen yang dilantik oleh pemaju. Dalam kes ini pihak agensi lebih berkuasa dan berhak mendapat komisen tersebut.

Agen takaful tiada komisen menyebabkan buyer juga tidak mendapat komisen tersebut.

Jadi, buat tuan/puan yang berhasrat untuk membeli rumah:-
1. Tanya  pemaju adalah telah dilantik agen khas/agensi khas untuk urusan LPPSA.
2. Jika ada, sedikit sukar untuk anda mendapatkan komisen takaful. Tetapi anda boleh mohon/rayu dengan pihak pemaju. mana tahu rezki anda!...
3. Jika belum, ada boleh hubungi saya, insha Allah saya bantu untuk dapatkan komisen tersebut. Komisen dari takaful sama-sama kita kongsi.

Sejak LPPSA, komisen yang diberikan kepada agen sangat rendah dan pada tahun ini saya menjanjikan pulangan kepada tuan/puan sebanyak 1.5%-2% dari bayaran takaful anda.

Contoh; Takaful Malaysia

Anda bayar RM35,000.00
Komisen saya kongsi 1.5% (0.015 x RM35,000 =RM525.00)

Jadi, jangan segan untuk bertanya.
Jangan segan untuk berusaha
Rajin-rajinla merisik berita.

Semoga ianya bermanfaat untuk para pembaca!....

-aishah ghani-
016-210 9403







Comments

  1. Jika memilih syarikat takaful lain bolehkah dapat komisen?
    Jawapan: Saya hanya uruskan dengan Takaful Malaysia sahaja. Tetapi jika tuan/puan berurusan dengan agen hartanah/agen rumah cuba dapatkan 1.5% dari jumlah yang anda bayar untuk takaful.

    Jika kena caranya insha Allah anda akan dapat.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum puan liza,

    Soalan sy berapa lamakah proses untuk penjual rumah loan lppsa. Adakah benar proses mengambil masa yg agak panjang selama 21 hari bg setiap department dan untuk penutupan akaun perlu melalui 4 department? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya bukan Puan liza dan bukan dari LPPSA jadi saya tidak boleh menjawabnya dengan tepat.

      Delete
  4. Assalamualaikum puan liza,

    Soalan sy berapa lamakah proses untuk penjual rumah loan lppsa. Adakah benar proses mengambil masa yg agak panjang selama 21 hari bg setiap department dan untuk penutupan akaun perlu melalui 4 department? Tq

    ReplyDelete

Post a Comment