Pelaburan Unit Amanah....

Assalamualaikum wbt...

Buat pembaca semua,
Semoga dianugerahkan kesihatan, kelapangan dan kebahgiaan.

Wang tidak menjamin kebahgiaan tetapi boleh memberikan kegembiraan.
Wang tidak boleh memberi kesihatan tetapi jalan mudah untuk menjaga kesihatan
Wang tidak boleh membeli masa tetapi boleh menjiimatkan masa.

Ok. Hampir hujung tahun. Biasa di waktu-waktu begini saya akan menyemak keseluruhan pinjaman, pelaburan, perbelanjaan dan juga cuti tahunan yang masih berbaki.

Sebagai konsultant unit amanah yang menjadikan kerjaya sebagai minat/hobi, November merupakan bulan kritikal kerana terpaksa mencukupkan kuota pelaburan.

Jom!!.. saya nak kongsikan sedikit mengenai pelaburan unit amanah. Para pembaca boleh fikir-fikirkan sendiri.

Dana XXY

16/12/2011:- Jumlah pelaburan RM5,000
Potongan bulanan RM100 sebulan bermula 1/2012

Jumlah pulangan (dividen/bonus) pada:
1/8/2012= RM324.68
1/8/2013= RM450.04
1/8/2014=  RM596.70
3/8/2015 =RM631.29

Dari pulangan di atas, kita boleh bandingkan dengan simpanan kita di bank atau simpanan tetap dengan mengambil kira jumlah simpanan bulanan yang sama. Sebagai bakal pelabur, anda juga kena bijak membuat perbandingan selain dari menerima maklumat dari  konsultan.

Jumlah yang hampir sama disimpan di bank, setiap bulan anda akan memperolehi HIBAH sekitar RM0.80-0.91 sen.

Secara puratanya simpanan tetap akan memberi pulangan sekitar 3%-5% setahun. Manakala unit amanah purata 8%-10%. Kadangkala mampu memberi pulangan 15%.

Sepanjang 5 tahun berkecimpung sebagai konsultant. 5 sebab utama pelanggan ragu-ragu mengenai pelaburan unit amanah:

1. Jika ingin menjual balik pelaburan mengambil masa 8-10 hari.
2. Terdapat cas perkhidmatan (2.5%-5%)
3. Dijamin kerajaan?
4. Dijamin untung?
5. Mengandaikan pelaburan di unit amanah memerlukan wang yang banyak.

Setakat ini dahulu. Saya sambung di lain waktu dan di lain slot untuk menjawab keraguan-keraguan yang diutarakan.

Salam perkongsian & salam jumaat.

-Aishah Ghani-






Comments