Menyoroti Perjalanan

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera, salam perkongsian  buat semua...

Tahun  demi tahun usia akan bertambah dan kadangkala termenung memikirkan apa yang telah dicapai dalam hidup satau apa yang telah disumbangkan pada kehidupan ini.

Ibu yang telah pergi
Ayah tempat menyumbang bakti
Walau jauh dan kadangkala jenguk sesekali
tetapi masih ingat 'aku' adalah anak...

Oh!... tiba2 bermadah pula. Saya bukan ingin kongsikan mengenai ibubapa.

Kali ini saya ingin kongsikan tentang pentingnya matlamat atau sasaran dalam kehidupan kita. Antara sedar dan tidak kadangkala kehidupan kita seharian tidak mempunyai matlamat yang jelas yang menyebabkan kita lesu, kita lemah dan biarkan keadaan dan masa yang menentukan.

Tanpa mengira sama ada dalam aspek kewangan atau mengurus kehidupan dan rutin harian, jika ada matlamat; dan kita tulis serta kita papar di tempat yang senang kita lihat. In sha Allah kita menuju ke matlamat tersebut. Jika tidak?...kita akan hanyut dan terasa semuanya sukar dan susah diukur.

Semasa mula-mula tamat belajar saya telah listkan apa saya inginkan dalam kehidupan ini. Antaranya  kereta, umrah, haji, rumah dan seterusnya melancong dengan simpanan yang saya ada.

Setelah 10 tahun saya telah memenuhi semua impian tersebut dan saya pun telah membuat matlamat baharu untuk membina perniagaan bagi tujuan kesinambungan dan kemudahan keluarga.

Sekarang saya mestilah menimba ilmu dan merancang untuk memenuhi impian baharu saya agar ianya tercapai dalam waktu yang ditetapkan.Hidup ini sungguh singkat, alangkah bagusnya jika kita dapat memberi manfaat kepada ahli keluarga dan bukan sekadar untuk diri sendiri.

Anda bagaimana?
Sorotilah kehidupan anda dan teladaninya untuk perjalanan seterusnya.
Kita dianugerahkan minda untuk berfikir dan bertindak dengan lebih baik!...

Salam sayang buat semua pembaca..
-Aishah Ghani-







Comments