Sasaran Kewangan Tahun (SKT) 2015

Kredit gambar "Teh di Mekah SR2.00

Assalamualaikum, Salam sejahtera & salam Jumaat..

Semoga Allah permudahkan urusan kita, keluarga & urusan sahabat-sahabat kita...

Masih fasa I di tahun 2015. Masih awal dan masih tergiang-giang SKT tahun 2014 yang telah dilaksanakan dan yang masih tertangguh. Ada yang dibawa dan ada yang digugurkan.

Tahun 2015 dan beberapa tahun berikutnya merupakan tahun sedikit kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan RM. Ramai pakar ekonomi menyarankan agar:-

* Berjimat dalam perbelanjaan
* Tidak membeli aset termasuk rumah  (tangguhkan dahulu)
* Tingkatkan simpanan
* Tingkatkan pelaburan unit amanah/pelaburan jangka panjang
* Tambahkan sumber pendapatan

Jadi, bermula sekarang derafkan Sasaran Kewangan Tahun 2015 anda. Dalam urus kewangan dan juga penambahbaikan tiada istilah terlambat.

Oh ya...kali ni saya ingin kongsikan  tips "berjimat dalam perbelanjaan"

1. Jika membeli belah barang dapur, elakkan membawa anak kerana jika tidak anda akan tersasar dari bajet asal.

Jika anda terpaksa membawa anak, pastikan anda hanya telah membeli satu barang/makanan yang dia gemar yang menyebabkan dia tidak memilih barang-barang lain)

Membeli barangan tanpa anak juga akan menjimatkan masa!...

2.  Botol minyak @ botol air mineral disimpan 2-3 botol untuk diletakkan kunyit/halia/serai yang tidak digunakan. Tanam lebihan barang-barang mentah di dalam botol berisi tanah dan ia boleh digunakan dalam tempoh yang lama. Jika tidak anda terpaksa membuangnya.---> membazirkan?

(Jika ada pasu tanamkan di dalam pasu).

3. Jika selama ini anda membelli teh/nescafe/milo dan sebagainya semasa di kedai makan, tukarkan pada 3 in 1 dan minta air panas.  Lagi elok jika anda bawa flusk air yang siap dibancuh  di rumah, lagi jimat.

Setakat ini dahulu....

Bersambung di masa akan datang untuk tip2 lain..

Salam sayang buat semua pembaca....

-Aishah Ghani-
Jumaat 13:15



Comments