Duit Raya Anak...

Assalamualaikum wbt..,

Salam perkongsian buat semua pembaca.

Khamis hari ni, jadual update blog saya adalah Jumaat, tetapi memandangkan esok perjalanan jauh ke Cameron, apa salahnya update awal kan?
Dah lama saya tak update, sejak Jun lagi..Tiada idea dan tidak bijak urus masa.

Ok. Ringkas sahaja topik kali ini. Kita masih di bulan Syawal dan baru melepasi sesi bersedakah. 
Berapa banyak duit raya anak?
Nak buat apa dengan duit-duit mereka?

Para ibu bapa, elakkan pinjam duit anak utk kegunaan kita kerana belum tentu kita 'teringat untuk membayarnya'. Duit Raya mereka boleh:-

1. Simpan Tabung Haji (memberi pulangan yang lebih baik berbanding simpanan di bank biasa)
3. Membeli emas sama ada syiling emas, barang kemas atau jongkong emas.

Ha...tapi jangan pula beli barang kemas untuk si ibu atau si umi atau si mama ya...

Untuk mendapatkan maklumat pelaburan atau simpanan dinyatakan di atas, boleh klik di link.

-Salam buat semua semoga diberi kesihatan dan keberkatan dalam hidup-

-Aishah Ghani

Comments