Buku "Nota Jutawan Nota Perniagaan"


NOTA JUTAWAN NOTA PERNIAGAAN


Salam sejahtera, salam sayang buat semua pembaca,

Dah hampir tiga bulan tidak menulis di blog ni. Sungguh kosong rasa jiwa jika sekian lama tidak menulis. Jari jemari pun terasa keras menekan keyboard dan otakpun sedikit perlahan.

Sebab otak tiada idea kerana sekian lama saya tidak berurusan dengan pelanggan dalam urusan unit amanah jadi tiada idea untuk menulis. Jom kali ini saya kongsikan buku  BEST dari jutawan internet Dr. Irfan Khairi.

* Buku ni cantik, tulisan menarik, kata-kata motivasi yang best, gambar dan kartun pun membuat mata anda tidak jemu membacanya.

* Padat dengan tip jutawan dan disertakan ilustrasi.

* Dibahagikan kepada empat (4) Bab dan setiap bab dinyatakan perkara-perkara penting.
 Antara tip-tip yang diberikan:

1-Hulurkan kad perniagaan anda menggunakaan kedua-dua belah tangan dan renunglah wajah penerima.

2- Slogan perniagaan anda!

3-Imej yang anda tonjolkan- kasual/semi formal/formal.

4-Malu adalah sifat semulajadi yang ada pada setiap insan. Tanggungjawab kita adalah memastikan sifat tersebut tidak menghalang kita meraih rezeki 9/10 yang dijanjikan Tuhan dalam perniagaan.

5-Pendekatan Bootstrap!--.> memulakan perniagaan anda dengan wang simpanan sendiri. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

6- Sekiranya anda terlalu  sibuk dengan kerja harian dan kurang menjana idea perniagaan- TAKE A BREAK! Cuti untuk berfikir! Ia pasti akan mengubah hidup anda.

Cukup la tu..nak tahu tip penuh boleh beli  buku ini di kedai-kedai buku atau  klik di sini  atau copy pasti link ini [ http://bukuonline2u.com/nota-jutawan-nota-perniagaan.html?tracking=530adcb716648] untuk pembelian online.


Selamat membaca semua!..



Comments