Selamat Datang 2014

Assalamualaikum wbt dan salam buat semua..

Pembaca yang setia, 
Pembaca yang jarang-jarang, 
Pembaca yang dah berkahwin dan yang bujang, 

Alhamdulillah..Pejam celik pejam celik kita masih diberi nafas untuk meneruskan agenda tahun 2014. Tahun 2014 ramai merasakan kehidupan ekonomi yang semakin sukar. Dihimpit dengan taraf hidup yang semakin tinggi baik dari segi makanan, pengangkutan dan bil-bil utiliti.

Apapun....Hidup mesti diteruskan. Harapan saya buat semua pembaca agar hadapilah dengan bijak dan gunalah peluang dan ruang sebaik mungkin. Bagaimana?...Banyak entri-entri dan perbincangan di blog-blog kewangan mengulas cara berjimat dan cara menambah pendapatan. Bahkan guna peluang untuk tambah ilmu melalui pembacaan buku-buku untuk kekayaan jiwa dan kekayaan poket. Jangan hanya menumpukan kepada kekayaan poket kerana nafsu tidak pernah berasa cukup. Hanya jiwa yang kaya, hati yang sering merasa qanaah akan melengkapkan segala kekurangan tersebut. Jom kongsikan apa yang patut dibuat di awal tahun ini bagi memperbaiki ekonomi diri dan keluarga:-

1. Bajet bulanan disiapkan selaras dengan kenaikan bil utiliti, petrol, makanan, GST dan lain2 yang bakal menyusul. Perbaharui keperluan anda kerana mungkin ada senarai yang tertinggal.

2. Tetapkan matlamat yang melibatkan kewangan anda. Mungkin ada diantara anda bercadang untuk mengerjakan umrah atau mendirikan rumahtangga di tahun 2014 ini. Jangan tunda perkara yang baik itu, tetapi ubahlah perlaksanaannya. Jika majlis kahwin dan barang hantaran mahal, cuba kurangkan. Ini tidak bermakna anda telah mengurangkan harga diri anda. Jika cadangan umrah sebelum ini dengan agen yang mahal, tukar agen atau tarikh yang lebih murah mengikut kemampuan dan kesesuaian.

3. Hadapilah dengan usaha dan tawakkal kerana rezeki Allah yang tentukan. Kita sebagai hamba perlu berusaha tanpa putus asa. 

4. Tambahlah ilmu baik ilmu agama, ilmu kemahiran memasak, pertukangan dan sebagainya kerana ia boleh digunakan untuk menambah pendapatan, menambah iman dan menambah kawan.

5.Walaupun sara hidup semakin meningkat tetapi teruskan usaha untuk bersedekah kerana dengan bersedekah akan membuatkan kita rasa 'cukup'.


Setakat itu sahaja. Semoga kita semua dapat menjadi insan yang lebih baik dari tahun 2013.

Salam perkongsian buat semua!...
-Aishah Ghani-

Comments