Didik Anak Mengenai Kewangan

Salam sejahtera, 
Salam manis di hujung tahun masihi dan tahun 2014 yang bakal menjelma tidak lama lagi buat semua pembaca.

Kali ini saya ingin kongsikan pentingnya mendidik anak dengan amalan yang betul dalam urusan kewangan. Topik ini terlintas kerana saya terkenang-kenangkan emak  yang telah pergi (2010). Banyak yang diajar kan oleh emak yang saya amalkan di sepanjang hidupan ini.

Saya berharap sedikit yang dikongsi ini dapat kita sama-sama amalkan dan semoga mendapat manfaat darinya.

Pesan mak berkali-kali pada kami adik beradik:-

1. Jangan beli secara hutang. Kalau tiada duit, tangguhkan barang yang ingin dibeli. Kalau tidak mampu, hiduplah dalam kemampuan. Biar orang pandang kita miskin, jangan sesekali berhutang. 

2. Ada duit beli emas!..Maksud mak jika ada duit buatlah pelaburan. Dulu sukar hendak ulang alik ke bank kerana tiada kenderaan dan peluang pelaburan pun sangatlah sedikit. Tambahan pula pengetahuan tentang pelaburan macam 'kosong' sahaja. Emas digunakan sebagai tabung untuk kecemasan. Jika kesuntukan wang, barang kemas akan digadai atau dijual. 

3.Ada duit simpan.Ada duit simpan. Mak memang sangat berjimat dan bijak menyimpan saya kira. Mungkin sebab itu jugalah kami adik beradik ramai mewarisi sedikit sikapnya. Bayangkan berkat kesabaran dan suka menyimpan, mak dan ceek (panggilan untuk ayah) mampu membuat rumah siap dalam tempoh 1 bulan. Langsung tidak menggunakan duit kami adik beradik. Semuanya hasil simpanan  mereka berdikit-dikit.

4. Ajarla anak-anak mendapatkan sesuatu hasil usaha sendiri. Saya tidak tahu cara yang baik untuk menerangkannya. Tetapi mak mengajar kami supaya mengerti sukarnya untuk dapatkan sesuatu dan berusahalah. Berusaha dan jangan mengharap orang memberi. Biasa sebelum hari raya Edulfitri kami dibeli selipar baru (cantik sedikit dari selipar jepun) dan pada usia 12 tahun saya teringin memakai kasut tertutup berkilat-killat seperti kanak-kanak lain. Oh cantik rasanya seperti princess. Jadi saya menyimpan wang saku ke sekolah sebanyak 10 sen sehari dari awal tahun untuk mendapatkan kasut yang berharga RM12 pada masa itu. 

Itu sahaja yang terlintas oleh saya di hari Jumaat yang rindukan senyuman dan teguran mak dalam kami menjalani kehidupan hari-hari. Mak telah mendidik kami supaya berdikari, minat berniaga dan mak juga telah banyak mengajar kami untuk tidak meninggalkan agama dalam mengejar apa yang kami impikan.

Terima kasih atas segalanya.
Al-fatihah buat orang tersayang yang telah pergi mengadap Ilahi.

2:00 petang




Comments