Cerita tentang pelaburan

Salam sejahtera buat semua pembaca..

Sudah semestinya pembaca adalah warga UMP kerana setiapkali saya post topik baru saya akan linkkan dengan ecommunity UMP.

Mungkin ada juga di kalangan pembaca yang bukan warga UMP. Apapun selamat berkongsi di blog saya. Cadangan dan perkongsian anda amatlah dihargai.

Jom kongsi entry pada kali ini...!

Mungkin ada lagi yang tidak mengetahui apakah pelaburan unit amanah. Pendek kata unit amanah adalah pelaburan yang lebih selamat dan pulangan yang lebih tinggi dari simpanan di bank. Jika bank memberi kadar pulangan sekitar 3-4%, unit amanah kadangkala mampu mencecah 15% atau lebih (itu kadar pulangan yang tinggi) Jika pulangan biasa-biasa ia mampu memberi pada kadar 6-8% setahun. Tak percaya? Cuba tanya kawan-kawan yang pernah melabur di dalam  unit amanah public mutual, CIMB, Bank Islam serta ASN, ASB (ASB & ASN adalah pelaburan yang tidak patuh syariah. Saya sekadar memberi contoh bagi memudahkan pemahaman).

Ramai di kalangan kita yang ada sedikit duit tetapi tidak melabur di unit amanah. Mulakan membuat sedikit pelaburan serendah RM1000.00 dan tambahan pelaburan minimum RM100.00. Lihat pulanganya dalam tempoh 2-3 tahun. Insha Allah anda akan berpuashati.

Perlu diingat pelaburan di unit amanah adalah jangka sederhana-panjang. Anda mungkin tidak dapat melihatnya dalam masa setahun tetapi dalam menikmati kaedah compounding dari setahun ke setahun. Tak rugi menyimpan. 

Mungkin ada beranggapan kerana saya seorang konsultan unit amanah tentunya saya ingin mempromosi dan mengatakan yang baik-baik semua bukan?. Sudah tentulah!.. Saya memilih melabur di unit amanah dan menjadi konsultan kerana minat. Minat untuk mendapat ilmu, minat untuk berkongsi dengan pembaca apa yang saya lalui dan saya tahu. 

Saya memang minat menyimpan dan melabur..Seawal di pengajian di tahun 2 UM saya membuat simpanan tetap di bank rakyat dengan duit pinjaman JPA dan juga duit hasil kerja sambilan. Setelah tempoh matang hasilnya amat mengecewakan saya. Sejak itu saya hanya melabur di ASB sahaja sehinggalah keluar fatwa ulama yang sebahagiannya menyatakan haram. Saya mencari alternatif untuk melabur di unit amanah yang patuh syariah. Dan kini, hampir 3 tahun saya telah melabur hingga membuat potongan bulanan bagi memudahkan membuat pelaburan.

Jadi, anda tentukan matlamat dan berilah peluang kepada diri untuk menimba ilmu dan mencuba melabur di unit amanah. Kalau perlukan maklumat lanjut, jangan segan-segan emel, sms, call saya. Jangan risau anda tidak akan dipaksa melabur.

Semoga sedikit perkongsian ini memberi kebaikan buat semua pembaca..

Salam jumaat...
~1:18pm~


Comments