Urus Hutang Anda..

Salam sejahtera..

Minggu yang masing-masing sibuk dengan persiapan konvokesyen di UMP. Bagi adik-adik yang akan konvo sudah habis belajar jangan lupa bayar hutang PTPTN.

Ok. Topik minggu ini adalah urus hutang anda dengan bijak. Kalau hidup tidak perlu berhutang lagilah bijak!...Rata-rata di kalangan kita membuat hutang sama ada hutang belajar, kemudian hutang kereta, kemudian hutang rumah, hutang membeli barang-barang rumah dan ada juga yang hutang untuk mendirikan rumahtangga.

Jika sudah hutang di sekeliling duit gaji, kita kena bijak urus hutang supaya gaji yang diperolehi mampu untuk menampung perbelanjaan dan bukan sekadar untuk membayar hutang.

Secara ringkasnya:

1. Tiap2 bulan pastikan hutang tidak tertunggak, sekalipun anda terpaksa berbelanja lebih pada bulan tersebut elakkan dari mengabaikan hutang. Adalah lebih baik anda membuat arahan pemotongan dari akaun bank anda bagi membayar hutang.

2. Kalau tertunggak nak buat macam mana? Contoh; Jika tiba-tiba kereta anda rosak atau terlibat dalam kemalangan dan kos membaikinya lebih dari yang insuran bayar. Anda terpaksa mengeluarkan wang sendiri sekitar RM3-4 ribu.  Jadi untuk mengelakkan tertangguh bayar ansuran  hutang, jadi kerjalah lebih masa atau carilah pendapatan sampingan lain bagi membayar hutang tersebut. Kecuali anda memang mempunyai simpanan yang banyak yang mampu membayar kerosakan kereta.

Itulah pentingnya simpanan kecemasan sebanyak 3-4 kali ganda anda. (senyum sikit untuk anda yang mampu melaksanakan! & tahniah! tahniah!..kerana ramai lagi yang tidak mampu).

3. Jika ada duit simpanan yang banyak atau keuntungan dari perniagaan sampingan, hutang mana dahulu yang patut dijelaskan?

Jawapannya;  Hutang yang paling tinggi kadar interestnya seperti kad kredit (18% setahun/1.5% sebulan etc).Kemudian semak hutang-hutang yang anda ada yang memberi manfaat atau kelebihan atau diskaun yang tinggi jika dijelaskan lebih awal.

Jangan pula lepas jelaskan hutang pinjaman baki RM3,000 kemudian membuat hutang baru sebanyak RM15,000.

Sekadar itu dahulu dalam waktu yang singkat ini untuk dikongsi bersama. Semoga yang sedikit itu dapat manfaat bersama.

-Salam perkongsian & salam sayang buat semua pengurus wang yang bijak kerana kelak kita akan ditanya ke mana perginya wang kita-

-aishah ghani-
1:19- Jumaat



Comments