Kenapa Takut Melabur di Unit Trust

Salam Sejahtera buat semua..
Jumaat, penghulu segala hari.
Hari best buat sesetengah orang kerana esok adalah hari cuti..
Hari best sbb mungkin weekend hari bersama keluarga...

Apapun hari ni saya bercuti ..jadi lagi best..
Topik kali ni senang dan rehat-rehatkan minda utk sama-sama fikirkan..

Bila kita dengar unit trust, mungkin ada yang rasa mcm saham..mcm risiko pelaburan. Tapi bila dengar mengenai ASB/ASN rasa  seperti simpanan dan tiada risiko. Apatah lagi bila ayat "dijamin oleh kerajaan".
Sebenarnya unit trust=unit amanah sama sahaja seperti Amanah Saham Nasional, kedua-duanya berbentuk pelaburan. Bezanya ASB/ASN dijamin oleh kerajaan dan digalakkan oleh kerajaan kerana penubuhan Permodalan Nasional Berhad merupakan inisiatif kerajaan dalam Dasar Ekonomi Baru bagi menggalakkan pemilikan saham oleh bumiputera. Manakala unit trust yang ditawarkan oleh bank-bank seperti Public Mutual di bawah Public Bank,  CIMB, Bank Rakyat dan beberapa bank lagi yang menawarkan pelaburan unit trust.

Apa yang kerajaan jamin adalah nilai beli dan jual seunit saham pada kadar RM1.00 bukannya kerajaan jamin tiada kerugian atau jumlah peratus keuntungan tahunan. ASB/ASN tetap ada naik turunnya. Tetapi pulangannya tetap kompetitif bukan? Walaupun  kadangkala ASB memberi pulangan 6% setahun tetapi pelabur tetap gembira kerana meraka masih peroleh keuntungan. Bahkan ia lebih tinggi dari menyimpan di bank sebagai akaun simpanan.

Jika ASB boleh memberi pulangan hingga 8% dan kita sudah bergembira, kenapa kita tidak mencuba untuk menyimpan di unit trust patuh syariah yang boleh memberi pulangan sehingga 15%? Sedangkan risiko pelaburan yang sama. Bahkan sesetengah dana unit trust menawarkan perlindungan takaful kepada pelaburnya bila melabur dalam jumlah yang ditetapkan. Bak kata iklan "beli 1 dapat 1 percuma"..

Mungkin anda masih belum bersedia untuk melabur di unit trust yang ditawarkan oleh pihak bank kerana ada caj  atau mungkin harga jual beli mengikut harga semasa. Jadi apabila harga jatuh, nilai dana juga berkurang. Tetapi itulah peluang untuk tambah pelaburan dan apabila harga meningkat elabur akan menikmati keuntungan yang lebih. 

Caj?...oh ya..ramai beranggapan melabur di unit trust yang ditawarkan oleh bank dikenakan caj tetapi tahukah anda caj yang dikenakan amatlah kecil jika dibandingkan dengan keuntungan jangka panjang. Caj dikenakan antara 3% (pelaburan kwsp) -5.5% bagi pelaburan tunai. Manakala sesetengah dana tidak mengenakan caj ke atas jualan balik oleh pelabur.

Dari segi hukum, unit trust= unit amanah yang ditawarkan oleh beberapa bank terdapat dana islamik atau dengan kata lain unit trust patuh syariah. Jadi, tidak perlu ragu-ragu tentang tempat dilabur.ASB belum mendapat status patuh syariah dan status pelaburan di ASB sesetengah ulama berpendapat adalah harus dan bagi beberapa negeri fatwa yang dikeluarkan adalah haram.

Jadi, jom!!!..cuba melabur di unit amanah patuh syariah, kenapa perlu khuatir. 

Setakat ini sahaja untuk dikongsi, sekiranya anda berminat untuk melabur atau mengetahui mengenai pelaburan unit amanah patuh syariah, jangan segan silu hubungi saya..

~Salam perkongsian buat semua~~



Comments

  1. Replies
    1. Hari ni tulis balik mengenai unit amanah...supaya kesedaran lebih tinggi di kalangan para pembaca..

      Delete

Post a Comment