Tak Rugi Menyimpan.....


(Gambar di ambil dari klik di sini)
Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya....

Semoga hari indah yang dilalui apatah lagi hujung bulan...
Baru semalam gaji dah masuk. Nak buat pindahan online pun traffic di maybank2u. Petang lepas waktu kerja ke mesin atm...fuh!!!..panjangnya beratur....terpaksa tangguhkan hasrat untuk keluarkan duit dahulu.

Kali ni topik ringkas dan tidak merujuk mana-mana buku. 'Jom menyimpan!'...Jangan habiskan semua gaji untuk perbelanjaan. Saya teringat kata-kata yang ditulis oleh Pn. Fadzilah (konsultan unit amanah) iaitu " tak ada orang menyesal kerana menyimpan duit tetapi ramai yang menyesal kerana menghabiskan duit untuk belanja'. Lebih kurang begitulah ayatnya.

"Jom menyimpan!!"...

Simpanlah walau sedikit, untuk masa depan yang belum pasti
Simpanlah walau sedikit untuk hari-hari tua anda nanti
Simpanlah walau sedikit, pasang niat untuk pergi haji
Simpan walau sedikit, jangan tak sampai hati

Kadang saya rasa kesian, ada di kalangan kenalan belum hujung bulan poket dah kering kontang. Mungkin rezeki tak setakat mana, tapi perbelanjaannya besar. Jadi, kita kena bijak mengurus pendapatan. Simpan dahulu baru belanja. Sekarang banyak peluang simpanan dan pelaburan di Malaysia yang patut syariah. Pelaburan di unit trust yang patuh syariah (purata pulangan 10% setahun),  simpanan di Tabung Haji dan sebagainya. Dapatkan maklumat sebelum membuat sebarang pelaburan dan simpanan. 

Simpan RM100 sebulan 10 tahun=RM20,655 ; 20 tahun= RM76,570 (dengan faedah compounding.)

Didiklah anak-anak menyimpan seawal yang mungkin..
Tak rugi menyimpan!!!...


-wassalam--
~Aku yang suka menyimpan~


Comments

  1. Suka baca blog kau ni..kena promote la blog ni.
    Buat kira-kira sekali.
    Aishah..aku dah gi haji tahun 2010.

    ReplyDelete

Post a Comment