Tips Membeli Rumah Lelong

Salam buat semua...semoga telah lalui hujung minggu yang ceria.

Menghabiskan masa di rumah kediaman sendiri adalah impian setiap keluarga. Apatah lagi rumah itu telah pun menjadi hak milik. Kali  ini saya akan kongsikan cara memberi rumah lelong berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini. Pengalaman membida  dua kali dan berjaya sekali. Selepas itu saya memang gemar melihat senarai rumah lelong...dan untuk anda semua semoga ianya bermanfaat.

1.Kalau ada impian untuk membeli rumah lelong, pastikan ada simpanan 10% dari harga rumah yang anda inginkan. Ini tidak termasuk kos guaman. Contoh, jika anda bercadang mencari rumah lelong maksimum RM150,000 maka RM15K mesti ada.

2. Dimana nak dapatkan senarai rumah lelong?
Anda boleh lawati www.lelongtips.com atau www.auctiondata.com (berbayar untuk melihat senarai lelongan). Selain itu banyak lagi anda boleh dapatkan di internet. Terdapat juga iklan yang ditampal untuk lelongan seperti di bank dan sebagainya.

3. Jika telah bertemu rumah yang ingin dilelong dan senarai ejen pelelong anda:
- Tengok dahulu keadaan rumah termasuk lokasi dan sebagainya.Sesetengah rumah lelong ada penghuni, jadi risiklah keadaan rumah dari jiran2.
-Jika berkenan barulah sedia 10% (bank deraf).  Contoh harga permulaan lelongan RM85000, harga pasaran adalah RM120,000. Anda perlu pertimbangkan  kemampuan anda, keadaan rumah sama ada rosak dan perlu dibaiki dan sebagainya.

3. Pada hari lelongan datang awal untuk membida. Pastikan anda membida ikut kemampuan. Jika anda berjaya carilah peguam untuk uruskan proses pembelain tersebut.

Jika anda merancang untuk membeli rumah lelong atau sebaliknya, mulakan simpanan anda  agar anda mampu memenuhi impian anda.

Simpanlah di unit trust kerana ia mampu memberi pulangan yang baik..

~Selamat melabur untuk rumah idaman anda~~
11/3/2012-(Ahad)  10:39pm.

Comments