Saya tiada wang untuk melabur....

Salam...

Cerita tentang semalam~1/3/2012- Saya menghubungi seorang kenalan untuk mendapatkan waktu lapang beliau bagi memberi penerangan mengenai pelaburan unit trust. "Akak, saya tiada wang nak melabur"  balasnya...Saya memberi respon "Tak apa, dengar je sebagai ilmu"...

Sejenak saya teringatkan waktu saya mula-mula mendapat pekerjaan tetap hampir 9 tahun yang lalu. Dapat sahaja surat tawaran, saya terus mengisi impian dan angan-angan saya, menulis di dalam diari dan di mana-mana buku catatan saya. Nak tahu apa saya tulis?
1. Kereta
2. Rumah
3...bla--bla...

Hehehe..Rasa lawak pulak sebab masa tu saya tiada wang simpanan yang banyak kerana baru mendapat result final paper. Wang cukup untuk proses perpindahan tempat kerja dari Kuala Lumpur ke pantai timur. Tapi walau saya tiada wang saya memasang impian. Impian tidak perlukan wang bukan? Impian perlukan matlamat dan cara untuk mencapainya. Susun impian anda dan teruskan!..

Kereta- Saya tempah selepas 2minggu mendapat surat tawaran.
Rumah- Saya membuat simpanan sedikit demi sedikit di dalam bank (alangkah baik jika waktu itu saya telah mengetahui mengenai public mutual, insyaAllah hajat lebih cepat tercapai).Setelah 7 tahun baru hajat tercapai.

Tentu setiap kita ada impian. Jika impian memerlukan kewangan, pastinya kita berusaha untuk menyimpan. Nah!...Jadi kita takkan mengatakan kita tiada wang. Agihkan sedikit pendapatan kita untuk memenuhi impian. Buatlah pelaburan jangka panjang untuk matlamat dan impian anda. Jika lambat anda mulakan, lambatlah anda mendapatnya...

Walaupun telah banyak impian saya termakbul tetapi saya membuat impian baru dan pelaburan baru untuk bakal cahayamata. Agar pendidikannya sempurna dan matlamat saya adalah mengurangkan hutang dalam memenuhi impian.

~Capai matlamat kewangan anda~
Aishah Ghani- 2/3/2012

Comments