10 Sebab Kenapa Saya Jadi UTC....



Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Sebagai seorang Unit Trust Consultant secara sambilan, saya ingin berkongsi dengan anda kenapa saya memilih kerjaya ini sebagai kerjaya sampingan.

Saya mempunyai kerja tetap yang gajinya lebih dari mencukupi untuk hidup sederhana.Sebelum menjadi UTC saya membuat kerja sambilan kerana minat. Disamping itu, saya memang seronok kerana jika dapat duit lebih saya boleh berbelanja lebih untuk membeli suatu yang saya suka tanpa mengusik gaji. Seronokkan?...

Penghujung tahun  2010, saya mula melabur dan berkenalan dengan Unit Trust serta kelebihan UTC. Kenapa saya berminat nak menjadi konsultant unit trust?

1* Ada latihan percuma dan ada latihan yang kosnya hanya RM10.00 @ lebih.
2* Dapat ilmu kewangan memang saya paling suka sebab saya memang suka membaca buku-buku mengenai     pengurusan kewangan.
3*Tiada paksaan dalam membuat sales
4* Tiada paksaan oleh sifu Fazdilah. Saya boleh bergerak dengan gear 1.
5* Semasa nak jadi ejen, saya tak begitu berminat mengenai komisen dan sebagainya. 

Selepas jadi ejen pertengahan 2011 (Ogos baru cari client)..
6*Saya tak sempat mengatur jadual untuk kelas yang dianjurkan tetapi saya sangat happy sebab sifu dan smartconsultant team banyak masukkan topik-topik di blog dan facebook.

7* Jadi saya dapat menambah ilmu tanpa mengira waktu.
8* Saya juga gembira sebab boleh membantu rakan-rakan di pejabat tentang pentingnya simpan di awal usia.

9*Gembira kerana saya dapat manfaatkan masa yang ada sepenuhnya...
10*Kalau rajin buat UTC saya boleh lebih rajin berbelanja..

Tapi hakikatnya..ramai yang pendapatannya sangat menarik hanya bekerja sebagai UTC dengan masa yang fleksibel.

Jika anda berminat untuk mengetahui kerjaya sebagai UTC, jangan segan-segan hubungi saya.
Mungkin anda temui sesuatu yang anda minat...

Comments